Monday, October 4, 2010

AKTIVITI 2 : BENGKEL e-CARD

AKTIVITI : BENGKEL e-CARD
TARIKH : 15 Jun 2010

MASA : 10 pg - 12 tgh


PENGISIAN : Bengkel ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk menghasilkan sebuah e-card yang kreatif. Selain itu, ia juga mampu menambah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan komputer dan internet.

PERJALANAN SESI

Bengkel dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan mereka dibahagikan kepada 7 kumpulan. Penerangan secara ringkas cara-cara untuk menghasilkan e-card dan para peserta perlu mengambil gambar mereka sendiri kerana gambar tersebut akan dimasukkan pada e-card yang akan dihasilkan.

Peserta diberi masa 15 minit untuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital. Setelah proses mengambil gambar selesai, mereka diminta untuk membuka perisian `PhotoCard Maker’. Penerangan dilakukan peringkat demi peringkat agar peserta lebih mudah memahami dan ia dimulakan dengan memilih template e-card yang disukai mereka. Kemudian, Peserta dikehendaki untuk memasukkan gambar yang telah mereka ambil dan seterusnya memasukkan text yang bersesuai dengan template dan gambar mereka.

Setelah kesemua peserta berjaya menghasilkan e-card, mereka dikehendaki untuk menyimpan file tersebut. Peserta diberi peluang untuk menghasilkan lebih dari 1 e-card dengan menggunakan template yang berlainan dan setelah peserta mencuba pelbagai jenis template, bengkel diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

PESERTA

1.Nurul Najiha Binti Ahmad Azam
2.Nurul Hanim Bt Jaluludin
3.Halimatul Saadiah Binti Mistar
4.Nurul Khairiyah Binti Mistar
5.Mohd Najmi Bin Ahmad Azam
6.Rina Sabrina Binti Rahim
7.Mohd Arif Bin Basman
8.Mohd Yusri Bin Othman Rani
9.Mohd Fahmi Bin Mansor
10.Mohd Hazim Bin Hamdan
11.Husaini Bin Yusri
12.M.Adib Akram Bin Hj.Md Sa’don
13.Mohd Amir Firdaus
14.Ziaul Imran Bin Tumin

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, bengkel berjalan dengan lancar dan para peserta memberikan kerjasama dengan baik. Penghasilan e-card adalah sangat menarik dan kreatif dengan penggunaan perisian yang mudah untuk digunakan oleh para peserta.


0 comments: