Monday, September 20, 2010

AKTIVITI 1 : BENGKEL PHOTOSCAPE

AKTIVITI : BENGKEL PHOTOSCAPE
TARIKH : 11 Jun 2010
MASA : 9 pg - 1 tgh

PENGISIAN : Perisian ini merupakan sebuah perisian percuma yang boleh dimuat turun daripada internet. Berfungsi untuk meng ‘edit’ gambar seperti menambah efek, text, crop dan lain-lain lagi.

PERJALANAN SESI

Perisian photoscape diperkenalkan kepada para peserta terlebih dahulu dengan menerangkan kepada mereka perisian ini boleh di muat turun dengan percuma. Pengajar juga menunjukkan kepada para peserta cara untuk install perisian ke dalam komputer untuk menambah pengetahuan mereka.

Pembelajaran dimulakan dengan menunjukkan fungsi-fungsi butang yang ada pada photocape seperti editor, combine, anigif dan lain-lain lagi. Peserta diminta untuk memilih beberapa gambar untuk diubahsuai dengan menggunakan perisian ini. Ia dimulakan dengan menunjukkan peserta fungsi editor dimana dibahagian tersebut, gambar boleh di crop, resize, penambahan efek, menerangkan / menggelapkan / mengawal gambar dan lain-lain lagi.

Para peserta diminta untuk mencuba efek-efek yang terdapat pada photoscape agar gambar yang dihasilkan lebih menarik. Text juga boleh dimasukkan pada gambar dan para peserta perlu meng `explore’ perisian ini. Kemudian, peserta ditunjukkan cara menghasilkan gambar beranimasi dengan menggunakan tools dibahagian anigif. Selain menghasilkan gambar yang bergerak, peserta juga boleh menukar efek dari satu gambar ke satu gambar yang dengan menetapkan masa mengikut kehendak peserta.

Gambar-gambar juga boleh dicantumkan menggunakan bahagian combine dan ia amat mudah digunakan. Dibahagian ini, gambar-gambar yang banyak boleh dicantum untuk dijadikan satu gambar sahaja. Para peserta diberi masa untuk mencuba kesemua bahagian agar mereka dapat menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan kreatif.

PESERTA

1.NorFaezah Binti Salleh
2.Muhammad Faris Bin Musa
3.Muhammad Imran Bin Musa
4.Syahrill Rafidzi Bin Misran

5.Mohamad Azmi Hisyam Bin Rahaman
6.Mohd Firdaus Bin Mohd Zailan
7.Mohamad Hafizan Bin Md Salehen
8.Muhammad Aman Bin Ahmad
9.Muhammad Amin Bin Ahmad
10.Nor Adibah Binti Kadiran

11.Adilla Binti Kadiran
12.Mohd Nurhisyam Bin Salleh
13.Nur Amalina Binti Mahmud
14.Naimah Binti Lajis

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, para peserta dapat menggunakan tools yang ada pada perisian dan gambar-gambar yang dihasilkan sangat menarik. Pendedahan mengenai perisian percuma di laman web juga didedahkan dan ia diharap dapat menambah ilmu para peserta untuk mereka mencuba sendiri perisian-perisian percuma yang memberi faedah kepada mereka.






0 comments: