Monday, September 20, 2010

BENGKEL PORTAL 6


AKTIVITI :
Forum & iklaneka
TARIKH : 10 Jun 2010 MASA : 10 pg - 12 tgh

PERJALANAN SESI

Bengkel dimulakan dengan sesi penerangan ringkas dimana para peserta diminta untuk membalas tajuk pada topik-topik yang ada pada forum di portal PID. Mereka difahamkan mengenai kelebihan forum dalam bertukar pendapat dan idea tentang topik yang dibincangkan.

Seterusnya, peserta diminta ke bahagian iklaneka untuk melihat iklan-iklan yang telah dimasukkan oleh ahli portal yang lain. Iklaneka merupakan salah satu cara untuk mengiklankan produk secara online dan peserta diminta untuk mencuba mengiklankan produk mereka sendiri.

Para peserta mencuba memuatnaik maklumat dan produk di bahagian iklaneka dan iklan tersebut telah di aktifkan oleh pen.pengurus PID. Sesi berjalan lancar kerana proses untuk mencipta iklaneka mudah dan sesi soal jawab untuk perkara-perkara yang tidak difahami oleh para peserta. Bengkel diakhiri dengan jamuan ringan.

PESERTA

1.Norfaezah Binti Salleh
2.Nurfarahana Binti Salleh
3.Noradibah Binti Kadiran
4.Naimah Binti Lajis
5.Nur Amalina Binti Mahmud
6.Adilla Binti Kadiran
7.Mohd Nurhisyam Bin Salleh

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan mudah. Iklaneka dilihat sebagai satu alternatif pengiklanan secara online dan forum mampu dijadikan medium untuk berkongsi pendapat serta idea untuk membangunkan komuniti setempat.

0 comments: