TARIKH : 9 Jun 2010 MASA : 10 pg - 12 tgh
PERJALANAN SESI
Sesi dimulakan dengan pendaftaran para peserta di portal PID dimana terdapat peserta yang masih belum mendaftar. Para peserta dimaklumkan mengenai e-kedai akan fungsi dan faedahnya. Produk yang akan dimasukkan ke dalam ke dalam e-kedai hendaklah bersesuaian dan mereka diminta untuk mengambil gambar produk tersebut.
Sementara menunggu para peserta mengambil gambar produk, Cik Farhana sebagai jurulatih mendaftarkan e-kedai peserta kepada admin. Sebanyak 5 e-kedai baru telah dicipta dan para peserta diminta untuk menyediakan maklumat berserta senarai harga untuk memudahkan proses memasukkan maklumat ke dalam e-kedai mereka nanti.
Setelah semua peserta selesai mengambil gambar produk dan siap menyediakan maklumat yang diperlukan, mereka diminta untuk login ke portal PID dengan menggunakan id seperti yang telah didaftarkan. Kemudian, peserta memasukkan maklumat dan memuatnaik gambar produk masing-masing. Proses memuatnaik gambar mengambil masa yang agak lama kerana talian sibuk dan para peserta diingatkan untuk klik pada butang rencana agar produk mereka dipaparkan di laman utama portal PID.
Diakhir bengkel, kesemua peserta berjaya mencipta e-kedai masing-masing dan mereka dimaklumkan agar untuk menyemak pengurusan pesanan sekiranya terdapat pesanan daripada pelanggan. Para peserta dijamu dengan sedikit jamuan ringan dan dimaklumkan untuk mengenai bengkel yang seterusnya.
PESERTA
1.Syahrill Rafidzi Bin Misran
2.Mohamad Azmi Hisyam Bin Rahaman
3.Mohd Firdaus Bin Mohd Zailan
4.Mohamad Hafizan Bin Md Salehen
5.Muhammad Aman Bin Ahmad
6.Muhammad Amin Bin Ahmad
7.Khairun Ezati Binti Paiman
8.Nor Adibah Binti Kadiran
9.Nur Amalina Binti Mahmud
10.Salina Binti Seri
11.Nurazuin Farisyya Binti Abdul Aziz
12.Nur Fazlina Binti Md Najib
13.Nur Suraya Binti Wagimen
14.Salina Binti Seri
MAKLUMBALAS KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, para peserta berjaya mencipta e-kedai dan memahami fungsi e-kedai dengan baik. Selain itu, e-kedai dilihat mampu menjana pendapatan tambahan kepada sesiapa sahaja yang berminat dan ia dilihat sebagai tempat terbaik kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara online.
0 comments:
Post a Comment