Monday, September 20, 2010

BENGKEL PORTAL 4


AKTIVITI :
Minisite
TARIKH : 7 Jun 2010 MASA : 10 pg - 12 tgh

PERJALANAN SESI

Sesi bengkel minisite dimulakan dengan sesi pendaftaran di portal PID. Para peserta dimaklumkan mengenai 42 PID di Malaysia dimana minisite setiap PID turut disenaraikan didalam portal PID.

Sesi penerangan diteruskan mengenai minisite PID Labis secara ringkas kepada para peserta akan fungsi, maklumat yang terdapat pada minisite PID Labis. Para peserta dimaklumkan sekiranya terdapat maklumat untuk disumbangkan kepada minisite PID, pihak kami amat mengalu-alukannya. Selain itu, di minisite PID Labis juga dipaparkan gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2007 hingga 2010.

Seterusnya, para peserta melayari 41 minisite PID yang lain dan mereka difahamkan pengurusan bagi setiap PID adalah berlainan. Bengkel diakhiri dengan jamuan ringan.

PESERTA

1.Muhd Fariz Hafiz Bin Zamri Shah
2.Muhammad Faisal Bin Abdur Rani
3.Radziah Binti Rasid
4.Muhammad Nur Al-Amin Bin Rahmat
5.Muhammad Faris Bin Abdur Rani

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, para peserta dapat mengetahui 42 PID yang terdapat di seluruh Malaysia beserta maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

0 comments: