AKTIVITI : e-Kerajaan
TARIKH : 4 Jun 2010 MASA : 9 pg - 11 pg
PERJALANAN SESI
Sesi dimulakan dengan pengenalan mengenai e-kerajaan secara ringkas dan memaklumkan kepada para peserta dimana kepentingan dan mudahnya dengan menggunakan e-kerajaan.
Para peserta diminta untuk login ke portal PID untuk menggunakan e-kerajaan yang telah disenaraikan. Antara e-kerajaan yang dilawat ialah www.myeg.my. Para peserta masing-masing mendaftar di myeg untuk menggunakan servis yang disediakan pada laman web tersebut antaranya semakan saman, pembaharuan lesen dan lain-lain lagi.
Respon peserta amat baik dimana mereka dapat mengetahui cara yang lebih mudah untuk melakukan semakan saman dan selain itu juga mereka dimaklumkan pembayaran saman boleh dilakukan terus secara online. Selain itu, para peserta juga melawati laman web kementerian kesihatan, 1Malaysia, SPA dan lain-lain lagi.
Bengkel diakhiri dengan sesi soal jawab dan jamuan ringan.
PESERTA
1.Nor Adibah Binti Kadiran
2.Nur Zakiah Binti Hamdan
3.Nur Hidayat Binti Senen
4.Adilla Binti Kadiran
5.Muhammad Aman Bin Ahmad
6.Muhammad Amin Bin Ahmad
7.Muslimen Bin Mudassir
8.Mohamad Azmi Hisyam Bin Rahaman
MAKLUMBALAS KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, para peserta mampu memahami penggunaan laman web kerajaan dengan baik dan e-kerajaan dilihat sangat penting pada masa kini kerana kebanyakan urusan berkaitan sudah boleh dilakukan secara online. Kemahiran menggunakan komputer dan internet sangat penting pada masa kini agar urusan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan lancar.
0 comments:
Post a Comment