AKTIVITI : Sesi pengenalan dan pendaftaran portal PID
TARIKH : 2 Jun 2010 MASA : 10 pg - 12 tgh
PERJALANAN SESI
Untuk hari kedua bengkel portal PID, sesi pembelajaran sama seperti hari yang pertama iaitu sesi pengenalan dan pendaftaran di portal PID. Peserta yang hadir adalah berlainan dengan hari yang pertama dan bengkel dimulakan dengan penerangan mengenai portal PID iaitu cara penggunaan, kelebihan dan faedah yang diperolehi apabila mendaftar dengan portal PID.
Para peserta dimaklumkan, agar masing-masing mempunyai email yang masih aktif agar memudahkan sesi pengesahkan pendaftaran. Peserta melakukan pendaftaran di portal PID dengan lancar. Penerangan yang ringkas dan padat mengenai bahagian-bahagian penting di portal PID antaranya forum, e-kedai, pengiklanan dan e-kerajaan sepanjang bengkel berlangsung. Ini kerana bahagian tersebut memberikan banyak faedah dan peluang kepada mereka dan mampu mempengaruhi kehidupan seharian.
Kemudian, peserta diminta untuk memberi komen di forum dan ruang sembang. Sesi bengkel berakhir dengan memaklumkan kepada para peserta yang berminat untuk mengikuti bengkel-bengkel yang seterusnya dan peserta di jamu dengan makanan dan minuman.
PESERTA
1.Sivashankaran a/l Vijaya Mohan
2.Peragash a/l Lovis
3.Norhashila Binti Asa’ari
4.Khairun Ezati Binti Paiman
5.Khairol Iskandar Bin Idros
6.Noor Adibah Binti Abdul Motalib
7.Noorasikin Binti Abdul Motalib
MAKLUMBALAS KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, para peserta berjaya mendaftar di portal PID dan memahami cara untuk menggunakan portal PID dan diharap portal PID dapat memberi banyak informasi dan faedah kepara para pengguna
0 comments:
Post a Comment