AKTIVITI : Sesi pengenalan dan pendaftaran portal PID
TARIKH : 1 Jun 2010 MASA : 10 pg - 12 tgh
PERJALANAN SESI
Bengkel portal untuk hari pertama ini dimulakan pendaftaran dan sesi suai kenal antara peserta. Seramai 10 orang peserta yang hadir dalam bengkel ini dan bengkel dimulakan dengan penerangan mengenai portal PID iaitu cara penggunaan, kelebihan dan faedah yang diperolehi apabila mendaftar dengan portal PID.
Para peserta diminta membuka portal PID untuk melakukan pendaftaran dan peserta difahamkan perlu membuka email masing-masing untuk mengesahkan pendaftaran mereka. Sesi pendaftaran ini berjalan selama setengah jam berikutan capaian portal yang agak lambat. Setelah semua peserta berjaya melakukan pendaftaran, mereka diminta untuk log masuk ke portal PID menggunakan id dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
Kemudian, peserta diterangkan mengenai fungsi-fungsi setiap bahagian yang ada di portal PID antaranya ialah e-kerajaan, forum, galeri media, ruang sembang dan lain-lain lagi. Peserta diminta untuk memberi komen di forum dan ruang sembang. Sesi bengkel ditamatkan dengan sedikit jamuan ringkas dan memaklumkan kepada mereka bengkel yang akan diadakan pada hari berikutnya.
PESERTA
1.NorFaezah Binti Salleh
2.Nurfarahana Binti Salleh
3.Syahrill Rafidzi Bin Misran
4.Mohamad Azmi Hisyam Bin Rahaman
5.Mohd Firdaus Bin Mohd Zailan
6.Mohamad Hafizan Bin Md Salehen
7.Muhammad Amzar Bin Roslan
8.Muhammad Aman Bin Ahmad
9.Muhammad Amin Bin Ahmad
10.Muhammad Nur Al-Amin Bin Rahmat
MAKLUMBALAS KESELURUHAN
0 comments:
Post a Comment