Monday, October 4, 2010

AKTIVITI 3 : BENGKEL PENGHASILAN KOMIK SECARA ONLINE

AKTIVITI : BENGKEL PENGHASILAN KOMIK SECARA ONLINE
TARIKH : 16 Jun 2010
MASA: 10 pg - 1 tgh

PENGISIAN : Alternatif baru dalam menghasilkan komik sendiri dengan cara yang lebih mudah melalui laman web www.pikistrips.com. Komik yang terhasil terpulang kepada kreativiti masing-masing dan merupakan idea yang menarik dalam memanipulasi gambar.

PERJALANAN SESI

Sesi dimulakan dengan pendaftaran dimana 10 orang peserta telah hadir menyertai bengkel ini. Bengkel dimulakan dengan menerangkan secara ringkas apa yang akan dipelajari sepanjang bengkel ini berlangsung. Kemudian, peserta diminta untuk membuka laman web www.pikistrips.com. Untuk menggunakan aplikasi yang ada pada laman web ini, peserta perlu mendaftar dan setelah pendaftaran disahkan, peserta sudah boleh log masuk dan mula menggunakannya.

Untuk memudahkan penghasilan komik ini, peserta dinasihatkan untuk mengasingkan gambar yang akan digunakan. Kemudian, peserta bolehlah memilih rekaletak komik ataupun menentukan jumlah gambar yang akan dimuatnaik. Langkah seterusnya, peserta menetapkan setting komik yang diinginkan seperti warna, ketebalan dan warna latar bingkai komik.

Setelah itu, peserta memuatnaik gambar-gambar yang dikehendaki dan memasukkan efek komik. Kreativiti peserta diperlukan dalam memainkan peranan untuk menjadikan komik lebih menarik. Kemudian, kotak dialog dimasukkan untuk menghidupkan lagi komik yang dihasilkan. Peserta juga boleh menambah aksesori seperti gambar bunga, rambut, misai dan sebagainya.

Komik yang terhasil di simpan dalam galeri masing-masing setiap akaun yang berdaftar pada laman web ini disediakan galeri komik mereka sendiri. Bengkel disudahi dengan jamuan ringan.

PESERTA

1.NorFaezah Binti Salleh
2.Nurfarahana Binti Salleh
3.Muhammad Faris Bin Musa
4.Muhammad Imran Bin Musa
5.Nurul Atikah Binti Musa
6.Nur Rashidah Binti Asa’ari
7.Nor Azira Binti Rahman
8.Reeshi a/l Kandasamy
9.Thulasirani a/p Rajendran
10.Tamilvani a/p Krishnan

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, sesi perjalanan bengkel berjalan dengan lancar dan komik yang menarik dapat dihasilkan oleh para peserta. Kemudahan menghasilkan gambar yang kreatif seperti yang disediakan di laman web ini harus didedahkan kepada para belia agar mereka mencuba sesuatu yang baru secara online dan tidak memerlukan kos yang tinggi.


0 comments: