Monday, October 4, 2010

AKTIVITI 4 : BENGKEL DIGITAL STORY TELLING (DST)

AKTIVITI : BENGKEL DIGITAL STORY TELLING (DST)
TARIKH : 17 Jun 2010
MASA: 10 pg - 1 tgh

PENGISIAN : Digital Story Telling ataupun DST merupakan video yang mempunyai jalan cerita dan gambar samada statik ataupun bergerak yang dihasilkan menggunakan Windows Movie Maker atau Photo Story. Video yang dihasilkan juga mempunyai animasi text, lagu dan animasi gambar.

PERJALANAN SESI

Bengkel dimulakan dengan penerangan daripada pengajar mengenai DST dan elemen-elemen penting yang harus ada pada sesebuah DST. Kemudian, peserta dipaparkan tayangan DST yang telah dihasilkan sebelum ini dengan bertujuan untuk memberi gambaran dan idea dalam penghasilan DST mereka nanti.

Para peserta diminta untuk menyediakan 10 buah gambar yang bersesuai berpandukan tajuk DST iaitu kisah kejayaan. Pembelajaran dimulakan dengan memasukkan gambar ke dalam storyboard dan penambahan efek pada gambar-gambar tersebut. Seterusnya, peserta ditunjukkan cara-cara untuk menambah efek pada gambar dan antara gambar. Pemilihan efek perlulah bersesuaian dan penambahan text dilakukan pada gambar atau diantara gambar mengikut keperluan.

Setelah efek gambar, video dan text dimasukkan, para peserta dikehendaki memilih lagu untuk dimasukkan pada video tersebut. Penambahan lagu ataupun rakaman suara akan menjadikan DST tersebut lebih menarik untuk ditonton. Setelah kesemua elemen yang perlu ada pada sesebuah DST telah dimasukkan, peserta perlu menyimpan file tersebut dalam format movie.

DST yang terhasil di muat naik ke akaun youtube KUS Labis. Para peserta berjaya menghasilkan DST dan pengajar amat berpuas hati dengan DST yang telah dihasilkan oleh peserta. Para peserta dijamu dengan sedikit jamuan ringan dan bersurai.

PESERTA

1.NorFaezah Binti Salleh
2.Nurfarahana Binti Salleh
3.Muhammad Aman Bin Ahmad
4.Muhammad Amin Bin Ahmad
5.Muslimen Bin Mudassir
6.Mohamad Azmi Hisyam Bin Rahaman
7.Mohd Firdaus Bin Mohd Zailan
8.Mohd Nur Hisyam Bin Salleh
9.Naimah Binti Lajis
10.Nur Amalina Binti Mahmud
11.Adilla Binti Kadiran
12.Muhammad Aman Bin Ahmad
13.Rosnah Binti Johan
14.Nor Saiyaidah Nafisah Binti Ami
15.Noradibah Binti Kadiran

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, kesemua peserta memahami dan berjaya menghasilkan DST mereka sendiri dan memuatnaik DST tersebut ke youtube. Penghasilan DST ini memberikan pengetahuan kepada peserta cara menghasilkan video dan pengetahuan ini diharap boleh digunakan di masa akan datang.

0 comments: