Monday, October 4, 2010

AKTIVITI 5 : BENGKEL PORTAL PENDIDIKAN

AKTIVITI : BENGKEL PORTAL PENDIDIKAN
TARIKH : 18 Jun 2010
MASA : 10 pg - 12 tgh

PENGISIAN : Bengkel portal pendidikan ini akan mendedahkan pelajar cara-cara untuk membuat latihan pembelajaran secara online. Antara laman web yang sesuai untuk dilayari para peserta ialah www.tutor.com.my, www.funbrain.com dan lain-lain lagi.

PERJALANAN SESI

Bengkel yang dihadiri seramai 6 orang peserta ini bermula dengan sesi suai kenal diantara para peserta dan pengajar. Peserta yang kesemuanya merupakan pelajar tahun 6 akan menduduki UPSR pada tahun ni. Peserta diminta untuk membuka laman web www.tutor.com.my dan dikehendaki membuka bahagian e-tuisyen.

Dibahagian e-tuisyen ini, para peserta boleh memilih samada ingin melakukan latihan mengikut subjek yang telah disenaraikan. Antara subjek yang ada ialah, Bahada Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Soalan yang diberikan adalah dalam bentuk objektif dan semakan boleh dilakukan terus setelah selesai menjawab kesemua soalan.

Latihan berbentuk online ini ialah salah satu medium lain untuk peserta mengulangkaji pelajaran dengan suasana yang lebih menyeronokkan. Para peserta juga mencuba latihan yang disediakan di laman web funbrain.com dimana laman web tersebut adalah dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan diharap ia mampu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Sesi bengkel diakhiri dengan mengadakan pertandingan dimana mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Soalan yang diberikan berpandukan kepada laman web funbrain.com yang ditayangkan pada screen. Sebelum bersurai para peserta di hidangkan dengan jamuan ringkas.

PESERTA

1.Siti Nor Azielah Binti Miskintar
2.Amir Arif Bin Josman
3.Husaini Bin Yusri
4.Nur Hayati Binti Ahmad Sedek
5.Siti Suraya Binti Saat
6.Nur Sahira Nazihah Binti Md. Sa’don

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, para peserta dapat mengulangkaji pelajaran dengan suasana dan medium yang berbeza dan aktiviti secara berkumpulan juga amat menyeronokkan. Pendekatan sebegini dalam pembelajaran amat penting kerana ia dapat menarik minat peserta untuk mengulangkaji pelajaran.

0 comments: