AKTIVITI: BENGKEL MASAKAN ( CUPCAKES )
TARIKH : 21 Jun 2010
MASA : 10 pg - 2 ptg
PENGISIAN : Bengkel masakan ini diadakan di Pusat Masakan KEMAS Labis, dimana ia bertujuan memberikan kemahiran dalam menghasilkan cupcake yang menjadi trend pada masa kini dan ia mampu menjana pendapatan sampingan kepada para peserta.
PERJALANAN SESI
Peserta seramai 10 orang berkumpul di Masakan KEMAS Labis, dan ucapan ringkas dari Pn. Miskinah selaku Penyelia Kanan, Pejabat KEMAS yang mengalu-alukan kedatangan peserta untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan cupcake ini. Kemudian, mereka semua menjamu sarapan pagi yang telah disediakan.
Puan Absah merupakan tenaga pengajar dan meneruskan sesi bengkel dengan menerangkan keperluan seperti bahan mentah dan mesin yang akan digunakan. Beliau meminta para peserta terlibat sama dalam menghasilkan kek ini dengan menimbang, mengadun dan memasukkan adunan yang telah siap dibancuh ke dalam cawan. Seterusnya, kek dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu yang telah ditetapkan.
Kemudian, kek yang telah siap dibakar disejukkan dan sementara itu, Pn.Absah menunjukkan cara-cara untuk membuat ‘icing’ kek untuk dijadikan hiasan. Para peserta menghias kek mengikut kreativiti masing-masing. Kesemua peserta berjaya menghasilkan cupcake yang menarik dengan hiasan icing yang kreatif. Peserta dilihat sangat gembira ketika menghasilkan cupcake mereka sendiri.
Bengkel diakhiri dengan menjamu cupcake yang telah dihasilkan dan bersurai.
PESERTA
1.Nur Azwa Binti Mansor
2.Naimah Binti Lajis
3.Nur Amalina Binti Mahmud
4.Adilla Binti Kadiran
5.Noradibah Binti Kadiran
6.Rosnah Binti Johan
7.Nor Saiyaidah Nafisah Binti Amil
8.Nur Hidayat Binti Senen
9.Nur Zakiah Binti Hamdan
10.Norlita Binti Tomin
11.Nur Diyana Binti Kamarzaman
12.Nur Alia Husna Binti Mohamad Anuar
13.Nur Atiqah Binti Zainuddin
MAKLUMBALAS KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, bengkel ini memberi ruang kepada peserta untuk mencuba sesuatu yang baru dan ia boleh dijadikan pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang ada diharap peserta dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk meningkat pendapatan harian mereka dan sekaligus menjadikan mereka lebih produktif.

0 comments:
Post a Comment