Monday, October 4, 2010

AKTIVITI 7 : BENGKEL ANYAMAN ROTAN

AKTIVITI : BENGKEL ANYAMAN ROTAN
TARIKH : 22Jun 2010
MASA : 9pg -1 tgh

PENGISIAN : Aktiviti yang diadakan di Bengkel Gemilang Craft, Bukit Mambai, Labis ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan hasil seni kraftangan rotan. Pengusaha kraftangan rotan ini iaitu Pn.Haliman Atan menunjukkan para peserta teknik-teknik menghasilkan sebuah bakul rotan dan perserta berpeluang menghasilkan bakul rotan mereka sendiri.

PERJALANAN SESI

Seramai 6 orang peserta berkumpul di PID Labis pada jam 9.00 pagi dan tiba Bengkel Gemilang Craft pada jam 10.00 pagi. Dimulakan dengan sesi pengenalan diantara para peserta dengan usahawan kraftangan rotan yang terdiri dari 2 org surirumah iaitu Pn.Halimah dan Pn.Jamilah.

Pn.Halimah menunjukkan rotan dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah bakul dan untuk kali ini bakul yang dihasilkan ialah bakul rotan kecil yang sesuai untuk diisi peralatan menulis. Untuk menghasilkan bakul, panjang rotan perlu diukur dengan panjang yang bersesuaian mengikut kebesaran bakul yang diinginkan. Dimulakan dengan membuat tapak bakul dan rotan disilang-silangkan. Para peserta mencuba menganyam bakul rotan sambil diperhatikan oleh Pn.Halimah dan Pn.Jamilah.

Proses anyaman diteruskan sehingga bakul rotan siap dan peserta perlu memerhatikan silangan yang dianyam untuk memastikan tiada kesilapan. Kesilapan menyilang akan membuatkan bakul menjadi tidak cantik dan perlu dibuka semula anyaman tersebut untuk membetulkannya.

Sepanjang sesi berlangsung, Pn.Halimah menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi pengusaha kraftangan rotan ini. Beliau juga menasihatkan para peserta untuk turut sama menjadi salah seorang pengusaha kraftangan rotan kerana kurangnya anak muda yang berminat didalam bidang ini. Diakhir bengkel, kesemua peserta berjaya menghasilkan bakul rotan mereka sendiri untuk dibawa pulang sebagai kenangan dan mereka dijamu dengan jamuan ringkas.

PESERTA

1.Norlita Binti Tomin
2.Nur Diyana Binti Kamarzaman
3.Adilla Binti Kadiran
4.Noradibah Binti Kadiran
5.Nur Rashidah Binti Asa’ari
6.Khairun Ezati Binti Paiman

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, diharap bengkel anyaman rotan ini memberikan satu pengalaman berbeza kepada para peserta dan secara tidak langsung memupuk rasa cinta mereka kepada warisan kraftangan negara. Bengkel ini juga dapat memberikan satu kemahiran baru kepada peserta dan ini dijadikan permulaan kepada mereka untuk menjadi seorang pengusaha rotan.


0 comments: