Monday, October 4, 2010

AKTIVITI 10 : LAWATAN IKS

AKTIVITI : LAWATAN IKS
TARIKH : 17 Julai 2010
MASA : 10pg -1tgh

PENGISIAN : Lawatan ini diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan para peserta dengan projek yang dijalankan oleh usahawan. Selain itu, peserta berpeluang untuk mencuba menghasilkan produk tersebut sendiri.

PERJALANAN SESI

Lawatan IKS di Felda Redong, Labis dimana usahawan iaitu Pn.Salina Seri. Beliau mengusahakan produk mee siput dan ikan keli. Peserta berkumpul di PID Labis pada jam 9.30 pagi dan bertolak ke Felda Redong pada jam 10.00 pagi.

Tiba di rumah usahawan pada jam 10.30 pagi dan sesi suai kenal diantara peserta dan usahawan. Pn.Salina menceritakan kepada peserta mengenai pengalamannya sepanjang 3 tahun dalam mengusahakan mee siput ini. Beliau juga telah mendapat sumbangan mesin menguli dari jabatan pertanian dan ia memudahkan lagi proses untuk menghasilkan mee siput dengan lebih banyak.

Seterusnya, beliau menunjukkan kepada para peserta cara-cara untuk menghasilkan mee seput. Bermula dengan menguli bahan-bahan seperti tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna dan air. Bahan-bahan hendaklah diuli sehingga sebati. Bahan-bahan ini diuli dengan mesin khas. Setelah bahan-bahan ini sebati, tepung yang menjadi doh dibahagi-bahagikan untuk dimasukkan ke dalam mesin bagi menghasilkan ia menjadi bentuk mee.

Mee yang terhasil hendaklah direbus sehingga ia masak dan di toskan. Kemudian, ia di cetak di atas papan khas dan dikeringkan. Mee siput hendaklah dijemur sehingga betul-betul kering agar lebih tahan lebih lama dan enak dimakan.

Peserta kemudian di jamu dengan kuih muih dan seterusnya beliau menunjukkan ikan keli yang di ternak di dalam kolam. Ikan-ikan ini dihantar di sekitar Labis & Segamat begitu juga mee siput. Lawatan berakhir dengan sesi bergambar bersama usahawan dan bersurai

PESERTA

1.Nur Azwa Binti Mansor
2.Naimah Binti Lajis
3.Nor Adibah Binti Kadiran
4.Nur Rashidah Binti Asa’ari
5.Adilla Binti Kadiran

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, lawatan ini memberikan pendedahan kepada para peserta untuk menghasilkan produk bagi menambah pendapatan sampingan. Selain itu, mereka juga mendapat pengalaman dalam menghasilkan mee siput dan di harap para peserta akan mencuba untuk menghasilkannya sendiri.

0 comments: