Monday, October 4, 2010

AKTIVITI : MINI EKSPO

AKTIVITI : MINI EKSPO
TARIKH : 26 & 27 Jun 2010
MASA : 9pg -5 ptg

PENGISIAN : Mini ekspo yang diadakan selama 2 hari di dataran Segamat dan pelbagai aktiviti diadakan antaranya pendaftaran ahli PID & KUS, pendaftaran portal, pameran produk IKS, pertandingan mewarna, permainan congkak digital dan lain-lain lagi.

PERJALANAN SESI

Mini Ekspo yang dijalankan selama 2 hari di dataran Segamat dimana di booth PID disediakan 2 laptop untuk kegunaan para pengunjung untuk melayari internet dan disamping itu para pengunjung diminta untuk mendaftarkan diri portal PID. Para pengunjung juga diterangkan fungsi dan kelebihan mendaftar di portal PID.

Terdapat pelbagai pameran termasuk badan kerajaan dan bukan badan kerajaan yang turut sama terlibat dalam Mini Ekspo ini. Beberapa IKS tempatan juga terlibat sama dan membuat pameran serta jualan. Selain itu, terdapat pertandingan bola jaring, futsal dan pelbagai jualan dan gerai.

Sepanjang Mini Ekspo berlangsung, flyers mengenai PID disebarkan kepada orang ramai dan pada 26hb Pertandingan Mewarna telah dijalankan dan disertai 24 orang kanak-kanak. Penggunaan medium mewarna adalah bebas. Hadiah disampaikan oleh, Pengurus PID Labis, iaitu Cik Sharaniza.

Berikut adalah senarai nama pemenang Pertandingan Mewarna :

1.Nur Raihana Syafiqah Binti Ramli
2.Siti Nurul Hanisah Binti Mat Isa
3.Nur Raihana Syaqilah Binti Ramli

Pada 27hb, pameran dijalankan seperti biasa dimana pada jam 2.00 petang, Sultan Ibrahim telah membuat lawatan sempena Kembara Mahkota Johor ke semua tapak pameran yang ada disekitar Dataran Segamat. Pada jam 3.00 petang turut dijalankan Kuiz ICT untuk para remaja dan 17 peserta telah menyertai kuiz ini. Hadiah disampaikan oleh, Pengurus PID Labis, iaitu Cik Sharaniza.

Berikut adalah senarai nama pemenang Kuiz ICT :

1.Nurul Farehah Binti Saharudin
2.Nur Atiqah Binti Daud
3.Azura Binti Harun

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, Mini Ekspo berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dikalangan pengunjung. Maklumat dan fungsi PID dapat disampaikan kepada umum dengan jayanya. Diharapkan dengan adanya program sebegini, ini dapat memperkenalkan lagi PID dan dapat mengeratkan hubungan PID dengan komuniti setempat.

PERTANDINGAN MEWARNA












PERTANDINGAN MEWARNA











SEPANJANG EKSPO BERLANGSUNG










AKTIVITI 10 : LAWATAN IKS

AKTIVITI : LAWATAN IKS
TARIKH : 17 Julai 2010
MASA : 10pg -1tgh

PENGISIAN : Lawatan ini diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan para peserta dengan projek yang dijalankan oleh usahawan. Selain itu, peserta berpeluang untuk mencuba menghasilkan produk tersebut sendiri.

PERJALANAN SESI

Lawatan IKS di Felda Redong, Labis dimana usahawan iaitu Pn.Salina Seri. Beliau mengusahakan produk mee siput dan ikan keli. Peserta berkumpul di PID Labis pada jam 9.30 pagi dan bertolak ke Felda Redong pada jam 10.00 pagi.

Tiba di rumah usahawan pada jam 10.30 pagi dan sesi suai kenal diantara peserta dan usahawan. Pn.Salina menceritakan kepada peserta mengenai pengalamannya sepanjang 3 tahun dalam mengusahakan mee siput ini. Beliau juga telah mendapat sumbangan mesin menguli dari jabatan pertanian dan ia memudahkan lagi proses untuk menghasilkan mee siput dengan lebih banyak.

Seterusnya, beliau menunjukkan kepada para peserta cara-cara untuk menghasilkan mee seput. Bermula dengan menguli bahan-bahan seperti tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna dan air. Bahan-bahan hendaklah diuli sehingga sebati. Bahan-bahan ini diuli dengan mesin khas. Setelah bahan-bahan ini sebati, tepung yang menjadi doh dibahagi-bahagikan untuk dimasukkan ke dalam mesin bagi menghasilkan ia menjadi bentuk mee.

Mee yang terhasil hendaklah direbus sehingga ia masak dan di toskan. Kemudian, ia di cetak di atas papan khas dan dikeringkan. Mee siput hendaklah dijemur sehingga betul-betul kering agar lebih tahan lebih lama dan enak dimakan.

Peserta kemudian di jamu dengan kuih muih dan seterusnya beliau menunjukkan ikan keli yang di ternak di dalam kolam. Ikan-ikan ini dihantar di sekitar Labis & Segamat begitu juga mee siput. Lawatan berakhir dengan sesi bergambar bersama usahawan dan bersurai

PESERTA

1.Nur Azwa Binti Mansor
2.Naimah Binti Lajis
3.Nor Adibah Binti Kadiran
4.Nur Rashidah Binti Asa’ari
5.Adilla Binti Kadiran

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, lawatan ini memberikan pendedahan kepada para peserta untuk menghasilkan produk bagi menambah pendapatan sampingan. Selain itu, mereka juga mendapat pengalaman dalam menghasilkan mee siput dan di harap para peserta akan mencuba untuk menghasilkannya sendiri.

AKTIVITI 9 : BENGKEL WANITA – RESEPI ONLINE

AKTIVITI : BENGKEL WANITA – RESEPI ONLINE
TARIKH : 7 Julai 2010
MASA : 10pg -1tgh

PENGISIAN : Bengkel dijalankan dengan tujuan untuk mendedahkan surirumah dengan pencarian resepi di internet. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan komputer dan internet

PERJALANAN SESI

Bengkel dijalankan di Perpustakaan Desa Labis, dimana ia dimulakan pada jam 10 pagi. Para peserta dijamu terlebih dahulu dengan sedikit jamuan ringkas. Bengkel dimulakan dengan sedikit ucapan ringkas dan sesi pengenalan dari Pengurus PID iaitu Cik Sharaniza dan disusuli dengan ucapan dari Cik Rozana selaku Penyelia Perpustakaan Desa.

Para peserta, diminta untuk melayari laman web `www.trymasak.my’ dan mereka diterangkan akan setiap bahagian yang ada pada laman web tersebut. Peserta juga diajar cara untuk `copy paste’ resepi yang terdapat pada web tersebut. Selain dari resepi, video cara untuk memasak juga disediakan pada laman web ini dan para peserta boleh menontonnya tanpa mendaftar di laman web tersebut.

Pelbagai jenis resepi yang dapat dilihat oleh peserta dan mereka tertarik dengan kaedah pencarian resepi seperti ini dibandingkan dengan resepi di buku kerana mereka dapat menonton video cara memasak.

Sebelum bersurai, peserta diberikan senarai laman web resepi untuk mereka layari di kemudian hari.

PESERTA

1.Suhana Binti Nasir
2.Farniza Binti baharudin
3.Hasnah Binti Kadir
4.Salmah Binti Sukarso
5.Rosnah Binti Saharu

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjalan dengan lancar dan para peserta memberikan kerjasama dengan baik. Pihak pengurusan Perpustakaan Desa juga berpuashati dengan bengkel yang dijalankan dan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sesuatu yang baru.


AKTIVITI 8 : PERTANDINGAN MEWARNA DIGITAL

AKTIVITI: PERTANDINGAN MEWARNA DIGITAL
TARIKH : 2 Julai 2010
MASA : 3ptg -5ptg

PENGISIAN : Pertandingan ini dijalankan untuk memberi ruang kepada peserta merasai pengalaman mewarna menggunakan komputer. Kemahiran diperlukan untuk menghasilkan lukisan yang menarik.

PERJALANAN SESI

Pertandingan dimulakan dengan sesi penerangan ringkas dimana peserta hendaklah mewarnakan poster PID dengan menggunkan ’paint’. Jurulatih menerangkan -caracara menggunakan tools yang ada pada paint.

Mereka dibahagikan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan terdiri kepada 2 orang.
Seramai 18 orang menyertai pertandingan ini dan mereka diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan poster tersebut. Poster dinilai mengikut kekemasan, kreativit yang dihasilkan pada poster.

Berikut ialah pemenang pertandingan ini :

1.Juliana Bemy & Siti Nur Haliza Azizan
2.Mohd Amir Firdaus & Muhammad Fhami
3.Muhammad Ziaul Imran & Faris

PESERTA

1.Juliana Bemy
2.Siti Nur Haliza Azizan
3.Mohd Amir Firdaus
4.Muhammad Ziaul Imran
5.Mohd Faizal bin Zafilus
6.Mohd Yusri
7.Nurul Khairiyah
8.Mohd Najmi Bin Ahmad Azam
9.Rina Sabrina
10.Muhammad Fhami
11.Husaini
12.Fawwaz Akhlan
13.Muhd Zulfahmi Mansor
14.Halimatul Saadiah
15.Mohd Adib Akram Bin Hj.Md Sa’don
16.M.Zulhilmi Bin Rohani
17.Putera Mohammad Farhaad
18.Mohd Faisal Hakimi Md Hayat

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, pertandingan berjalan dengan lancar dan para peserta berjaya mewarna poster tersebut dengan menarik dan kreatif.