Monday, November 16, 2009

AKTIVITI 4 : PID ENTREPENEUR FAIR 2009

AKTIVITI : HARI TERBUKA KUS LABIS
TARIKH : 6 NOV 2009
MASA : 9.00PG - 5.00PTG

PENGISIAN : Hari Terbuka KUS Labis diadakan dengan tujuan untuk pendaftaran keahlian. Di samping itu, semua maklumat terkini mengenai keusahawanan seperti pengumpulan maklumat usahawan sekitar labis, kursus kemahiran, peluang perniagaan, pendaftaran syarikat, semakan saman dan lain-lain lagi.

PERJALANAN SESI

Pada Hari Terbuka KUS Labis Pusat Internet Desa Labis telah menerima kunjungan daripada penduduk sekitar Labis dan Segamat. Dibuka kepada semua lapisan masyarakat terutamanya usahawan untuk mendaftar sebagai ahli KUS Labis. Masa adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Para pendaftar diberi penerangan tentang kelebihan yang diperolehi apabila mendaftar sebagai ahli kelab KUS oleh Pengurus Pusat Internet Desa Labis. Para peserta akan mengisi borang yang disediakan dan dibekalkan dengan file yang berisi pamplet mengenai KUS Labis.

Antara lain aktiviti dijalankan pada hari terbuka KUS para pendaftar diajar juga pengumpulan maklumat menggunakan internet, menunjukkan antara peluang perniagaan masa kini, pendaftaran syarikat dan semakan saman. Para peserta juga didedahkan tentang portal PID dan akan diajar untuk menggunakannya.

MAKLUMBALAS KESELURUHAN

Mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada para usahawan yang hadir dan ingin membawa rakan-rakan niaga yang lain juga untuk mendaftar di dalam kelab KUS Labis

CADANGAN

Memohon untuk mengadakan lebih giat lagi kerjasama untuk mewar-warkan Kelab KUS Labis untuk lebih ramai menjadi ahli kelab KUS.

0 comments: