TARIKH : 28 OKT 2009
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
PENGISIAN : Tujuan utama adalah ingin memupuk rasa cinta kepada warisan kraftangan negara. Para peserta dibawa ke Gemilang Craft dimana pengusaha kraftangan rotan ini akan menunjukkan demonstrasi anyaman rotan. Para peserta juga berpeluang menghasilkan bakul rotan mereka sendiri. Selain itu, pendedahan bagaimana rotan diwarnakan dan perkongsian pengalaman oleh Pn.Halimah
PERJALANAN SESI
Lawatan ke Gemilang Craft di Kampung Bukit Mambai, Labis disertai oleh 6 orang peserta. Berkumpul di PID Labis pada jam 8.45 pagi dan tiba di Gemilang Craft pada jam 9.00 pagi. Dimulakan dengan sesi pengenalan diantara para peserta dengan usahawan kraftangan rotan yang terdiri dari 4 org surirumah iaitu Pn.Halimah, Pn.Jamilah, Pn.Kalsom dan Pn.Maznah.
Para peserta serta usahawan di jamu dengan mee goreng dan kuih muih sebelum sesi demonstrasi anyaman rotan dimulakan. Setelah semua selesai menjamu selera, Pn.Halimah memulakan sesi demonstrasi anyaman rotan. Bermula dengan pengenalan mengenai rotan, beliau menerangkan kepada para peserta bahan-bahan serta peralatan yang digunakan untuk menghasilkan sebuah bakul rotan. Sepanjang sesi ini berlangsung, Pn.Halimah turut dibantu rakan kongsi beliau yang lain untuk sama-sama mengajar para peserta cara-cara menganyam bakul rotan.
Para peserta masing-masing berpeluang merasai pengalaman menganyam rotan dan setiap dari mereka berjaya menghasilkan sebuah bakul rotan.
PESERTA
1.Masliana binti Abd Hamid : 911128-01-6122
2.Nur Athira binti Mohamed Diah : 910810-01-5128
3.Siti Nur Khadijah binti Rahmat :911202-01-5866
4.Nur Azura binti Mazlan : 910608-01-6514
5.Siti Su’aidah binti Razali : 910731-01-6712
6.Mohd. Zaid bin Mohamed : 850322-01-5717
MAKLUMBALAS KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, para peserta berjaya menghasilkan sebuah bakul rotan hasil tunjuk ajar dari Usahawan Gemilang Craft dan berpeluang berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka yang berpengalaman
CADANGAN
Aktiviti ini mampu menarik minat golongan muda ke dalam bidang kraftangan yang mampu menjana pendapatan dan generasi seperti mereka adalah pelapis untuk menyambung kesinambungan kraftangan negara. Peluang serta pendedahan dalam bidang kepada para belia harus diperluaskan lagi.
0 comments:
Post a Comment