Karnival Keusahawanan Sosial Labis & Program Rakan Muda Parlimen Labis dengan jayanya telah berlangsung pada 23 November 2008 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. Karnival anjuran Pusat Internet Desa Labis dengan kerjasama Rakan Muda Parlimen Labis ini berjalan dengan lancar dimana tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para usahawan mukim Labis untuk memperkenalkan produk mereka disamping menjalankan aktiviti untuk belia melalui program Rakan Muda. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang karnival dijalankan.
Pameran dari badan-badan kerajaan antaranya
MARA,TEKUN,Pusat Kesihatan Labis, AADK, Perpustakaan Desa Labis & Pejabat Belia Segamat
Pertandingan gubahan bunga dan songket kelolaan Pejabat KEMAS Labis
0 comments:
Post a Comment