Pusat Internet Desa (PID) diseluruh Malaysia akan mengadakan PID Se Fair 2010. Bermula daripada 15 Jun sehingga 18 Julai. Terdapat Bengkel,Mini Expo dan e-Karnival untuk membuka peluang kepada komuniti setempat menambahkan pendapatan dengan penjualan barangan secara terus ataupun penjualan secara maya.
Karnival Usahawan Sosial PID?
- Sebuah program yang berteraskan ICT.
- Inisiatif kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.
- Program yang dikelolakan oleh Pusat Internet Desa PID
- Bertujuan mengalakan aktiviti Keusahawanan di samping melahirkan usahawan baru di kalangan komuniti setempat
Karnival Usahawan Sosial PID 2010?
- Peluang untuk Usahawan memperluaskan penjualan produk.
- Melahirkan Usahawan baru dengan menggunakan e-kedai di Portal PID www.pid.net.my
- Aktiviti-aktiviti yang berteraskan keusahawanan dan ICT.
- Jual beli secara online.
Apa Yang Anda Dapat?
- Meningkatkan taraf kehidupan disamping menjadi usahawan peringkat global.
- Merapatkan jurang digital melalui sesi kelas-kelas ICT dan bengkel-bengkel keusahawanan.
- Mempromosikan produk-produk tempatan dan perkhidmatan masing-masing
Keistimewaan?
- Mini ekspo (pameran dan jualan).
- e-Karnival - jual beli secara maya(online).
- aktiviti/pertandingan berteraskan ICT dan Keusahawanan.
- Forum/Bual Bicara bersama Usahawan berjaya.
- Anugerah bagi yang terlibat di dalam Karnival.