Sunday, October 25, 2009

aktiviti : PID ENTREPRENEURSHIP FAIR 2009 ~ PID LABIS

Friday, October 23, 2009

Majlis Pelancaran Portal Pusat Internet Desa

Gambar sekitar majlis perasmian berlangsung



PID Digital Storytelling Award '09

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengguna PID seluruh negara. Contoh-contoh DST, borang penyertaan boleh dirujuk di http://malaysiakuspid.blogspot.com

Setiap DST yang telah siap perlu dihantar kepada urusetia pertandingan menggunakan CD. Aspek yang diperlukan ditekankan pada DST
  • menepati tema/asli. Tema ialah Kisah Kejayaan Komuniti @ Usahawan PID
  • kreativiti penceritaan
  • penerapan konsep/Nilai 1 Malaysia
  • elemen-elemen menarik di dalam DST
Hadiah akan disampaikan pada satu majlis khas sempena pada Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 Nov 2009

hadiah pertama : barangan elektronik bernilai RM3000 & sijil penyertaan
hadiah kedua : barangan elektronik bernilai RM1500 & sijil penyertaan
hadiah ketiga : barangan elektronik bernilai RM750 & sijil penyertaan
7 hadiah saguhati bernilai RM200 & sijil penyertaan

Borang DST


PID NEW Entrepreneurship Award '09



Anugerah Usahawan Baru PID'09 ini terbuka kepada semua ahli Kelab Usahawan Sosial di Malaysia.Setiap calon usahawan diwajibkan untuk membina laman blog masing-masing.

Laman blog usahawan harus memaparkan aspek-aspek berikut :

  • latar belakang calon/usahawan
  • latar belakang perniagaan
  • nombor pendaftaran dan nama syarikat
  • aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan
Kementerian akan menilai dan 3 pencalonan terbaik untuk menerima Anugerah Usahawan Baru PID'09.Majlis penyampaian Anugerah Usahawan Baru PID'09 akan berlangsung pada Minggu Keusahawanan Global (GEW) pada 16-22 Nov 2009

Wednesday, October 21, 2009

PID ENTREPRENEURSHIP FAIR

PID ENTREPRENEURSHIP FAIR adalah sebbuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. Ianya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.

MATLAMAT

Untuk melahirkan para usahawan baru dikalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahirkan dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.

PENDEKATAN

Untuk tahun kedua ini akan memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan