Saturday, September 20, 2008

PRODUK TEMPATAN

* klik pada gambar untuk lihat besar...
* sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi no.tel
yg tertera / hubungi KUS untuk maklumat lanjut












AKTIVITI KUS






AHLI JAWATANKUASA KUS

KELAB USAHAWAN SOSIAL

adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa (PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial

Objektif
  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka
  • Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial
Sasaran
  • Pengguna PID
  • Usahawan sedia ada
  • Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial
  • Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan
Syarat Keahlian
  • Terbuka kepada sesiapa saja yang berminat
  • berumur sekurang-kurangnya 16 tahun sehingga tiada had umur
  • bukan seorang Muflis/Bankrup
  • Tiada rekod jenayah dan rasuah
  • Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin mana-mana Persatuan atau kelab dalam tempoh (5) tahun yang lalu
  • Seorang yang sempurna akal
  • Pemegang Jawatan didakwa di Mahkamah atas sebab-sebab rasuah, muflis, jenayah, atau atas sebab-sebab seumpamanya adalah dikehendaki melepaskan/meletakkan jawatan sehingga ia didapati tidak bersalah/bebas oleh mahkamah
Faedah – faedah
  • Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana
  • Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian
  • kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia
  • Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta
  • Perkhidmatan di PID seperti faks & percetakan